Wang Yi gesa EU "jelaskan" kedudukan kerjasama EU-China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Mast Irham)
BEIJING: Kesatuan Eropah (EU) harus "menjelaskan" lagi kedudukannya dalam kerjasama strategik bersama Beijing, diplomat kanan China, Wang Yi, memberitahu ketua dasar luar Kesatuan Eropah Josep Borrell.
Ini sedang para pemimpin EU menggesa supaya tidak terlalu bergantung kepada China.
Pelancaran kerjasama strategik menyeluruh EU-China pada 2003 berjanji untuk mempertingkat hubungan mengjangkaui perdagangan dan pelaburan.
Namun, sejak 2019, EU yang berusia 27 tahun itu menyifatkan China sebagai "pesaing ekonomi" dan "seteru sistemik".
Ini disebabkan hubungan rapat China dengan Mosko setelah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine meningkatkan keprihatinan.
China dan EU harus mengukuhkan komunikasi, mempertingkat kepercayaan dan memperdalam kerjasama, dan EU tidak sepatutnya "goyah", kata Encik Wang kepada Encik Borrel pada Jumaat (14 Jul) di luar mesyuarat serantau di Jakarta.
Demikian menurut kenyataan dari Kementerian Luar China pada Sabtu (15 Jun).
Tiada konflik kepentingan penting antara China dengan EU, kata Encik Wang.
Encik Borrell dalam catatan di Twitter, menyifatkan rundingan bersama Encik Wang tentang pengurusan hubungan EU-China sebagai "positif" dan "mendalam".
Mengenai isu Ukraine, Encik Wang berkata China menyokong rangka kerja keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan, dan akan terus menggalakkan rundingan perdamaian serta memainkan peranan membina demi mencari huraian-huraian politik bagi krisis itu.
Encik Borrell menerusi catatan Twitternya berkata bahawa beliau "menzahirkan harapan EU terhadap peranan China untuk menghentikan peperangan Rusia yang ganas ke atas Ukraine dan menawarkan bantuan kemanusiaan".
Encik Borrell menambah bahawa beliau dan Encik Wang "juga membincangkan tentang cara untuk memelihara kestabilan dan status quo di Selat Taiwan."

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.