Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wang simpanan RM120,000 guru pesara lesap ditipu sindiket Macau

Seorang guru pesara berputih mata selepas wang simpanannya sebanyak RM120,000 (S$40,000) lesap selepas diperdaya oleh sindiket Macau yang mendakwa talian telefonnya terlibat dengan aktiviti judi dalam talian.

Anggaran Waktu Membaca:
Wang simpanan RM120,000 guru pesara lesap ditipu sindiket Macau

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 09:26AM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 09:31AM

KUANTAN: Seorang guru pesara berputih mata selepas wang simpanannya sebanyak RM120,000 (S$40,000) lesap selepas diperdaya oleh sindiket Macau yang mendakwa talian telefonnya terlibat dengan aktiviti judi dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian pada 30 Dis lalu, wanita berusia 84 tahun itu menerima panggilan mengatakan talian telefonnya akan ditamatkan dalam tempoh dua jam kerana terlibat dengan aktiviti jenayah itu.

"Perkara itu kemudian dinafikan oleh mangsa sebelum talian disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai polis dan memaklumkan satu perintah tahanan reman sudah dikeluarkan terhadap mangsa," katanya kepada pemberita semalam (11 Jan).

Mangsa kemudian disambungkan pula kepada seorang lelaki yang mendakwa dari Bank Negara Malaysia yang kemudian memintanya memindahkan kesemua wangnya ke akaun yang diberikan untuk mengelakkan akaunnya daripada dibekukan dan bagi tujuan keselamatan.

Khuatir terhadap perkara itu, katanya, mangsa melakukan lapan kali transaksi bermula 31 Disember hingga 8 Januari dengan jumlah keseluruhan RM120,000 (S$40,000).

Beliau berkata, suspek kemudian masih meminta wang tambahan dan mangsa mula mengesyaki ditipu justeru membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.   

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan