Wan Saiful letak jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu bukan bermakna beliau bersalah, tegas Muhyiddin Yassin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan peletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan sebagai Ketua Penerangan parti itu bukan bermakna beliau bersalah dalam kes mahkamah yang dihadapinya.
Sebaliknya, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata keputusan dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu supaya tidak timbul salah pandangan terhadap parti.
“Saya sudah berjumpa dengan Wan Saiful pagi tadi (Rabu) dan setelah berbincang, beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini. Ia bukan kerana kita mengatakan dia sudah bersalah, tidak.
“Ini satu set standard kerana dia sudah berhadapan dengan tuduhan, supaya tak timbul salah pandangan terhadap Bersatu. Beliau sendiri menyatakan akan meletakkan jawatan. Ini satu tindakan yang saya hargai," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu (22 Feb), dipetik daripada Astro Awani.
Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan Encik Wan Saiful telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa Rabu.
"Ia satu sifat mulia yang saya sanjung supaya dengan cara ini, kita dapat menjawab atas dasar bermaruah. Ini bukan menghukum, tapi dia secara sukarela,” ujar Encik Muhyiddin.
Encik Muhyiddin berkata tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan akan dipimpin oleh salah seorang daripada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang akan dilantik.
Pelantikan itu, katanya, akan dibuat secepat mungkin memandangkan parti tersebut sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Orang yang kita akan namakan nanti akan meneruskan kerja-kerja baik yang telah dibuat oleh Encik Wan Saiful.
“Langkah yang diambil ini akan memudahkan penggantinya menjalankan tugas kerana penerangan ini penting untuk menyebar luas dasar perjuangan, matlamat dan agenda parti serta manifesto yang akan kita keluarkan untuk PRN nanti,” jelasnya, lapor Astro Awani.
Sebelum ini, Encik Wan Saiful mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta (S$2.1 juta) berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.