Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wan Azizah nafi Nurul Izzah kahwin Agong

Dr Wan Azizah Wan Ismail terkejut selepas diajukan soalan sama ada anak sulungnya, Cik Nurul Izzah Anwar bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Anggaran Waktu Membaca:
Wan Azizah nafi Nurul Izzah kahwin Agong

Dr Wan Azizah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 May 2018 01:18PM Dikemas Kini : 29 May 2018 01:26PM

HULU SELANGOR: Dr Wan Azizah Wan Ismail terkejut selepas diajukan soalan sama ada anak sulungnya, Cik Nurul Izzah Anwar bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

BH Online melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia tersebut berkata beliau tidak tahu dan menafikan khabar angin tentang anaknya itu yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dikatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Astaghfirullahalazim... jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah ...," kata beliau di sidang media hari ini (29 Mei).

Sebelum ini, portal dan media tempatan melaporkan tentang berita perkahwinan Naib Presiden PKR itu dengan kerabat diraja Kelantan yang turut viral di media sosial, lapor BH Online.

Cik Nurul Izzah juga menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting.

“Tolong abaikan berita palsu yang tersebar. Marilah kita memberi perhatian kepada kerja menyelamatkan ekonomi negara,” beliau dipetik berkata oleh portal mStar.

Pada 24 Mei lalu, ibu bapa Cik Nurul Izzah, Encik Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah mengadakan pertemuan dengan ibu kepada Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama bagi Dr Wan Azizah selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pertemuan tertutup berkenaan berlangsung selama sejam.Bagaimanapun, berita mengatakan Encik Anwar dan Dr Wan Azizah bertemu dengan raja untuk membincangkan perkahwinan Cik Nurul Izzah menjadi viral di media sosial. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa