Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wali Kota Bandung meninggal dunia tatkala mendirikan solat; rebah depan jemaah masjid

Luluh rasa hati mendengar kisah tentang seorang pemimpin politik yang meninggal dunia selepas rebah di masjid ketika menunaikan solat sunat.

Anggaran Waktu Membaca:
Wali Kota Bandung meninggal dunia tatkala mendirikan solat; rebah depan jemaah masjid

Pemimpin politik yang meninggal dunia selepas rebah di masjid ketika menunaikan solat sunat. (Gambar: Merdeka.com)

Diterbitkan : 12 Dec 2021 09:47PM Dikemas Kini : 12 Dec 2021 10:14PM

BANDUNG: Luluh rasa hati mendengar kisah tentang seorang pemimpin politik yang meninggal dunia selepas rebah di masjid ketika menunaikan solat sunat.

Allahyarham Oded M Danial adalah wali kota Bandung.

Pada Jumaat (10 Dis), beliau berkunjung ke sebuah masjid - Masjid Al Mujahidin - pada sekitar waktu Zohor dengan niat ingin menjadi khatib pada hari itu.

Memandangkan Allahyarham seorang tokoh yang dihormati dalam kalangan masyarakat setempat, segala perilakunya mencuri perhatian ramai.

Ada sahaja yang merakamnya - dari saat beliau turun kenderaan, dipersilakan masuk ke dalam masjid, disapa para jemaah dan juga ketika beliau duduk berbincang bersama pihak pengurusan masjid di dalam sebuah bilik.

Kemudian ada juga rakaman yang menunjukkan beliau menuju mimbar. Kelihatan sejadah dibentangkan untuknya. Allahyarham yang mesra disapa sebagai Mang Oded itu, sempat bertanya khabar dengan jemaah di sebelahnya.

Seterusnya pihak masjid kedengaran memperkenalkan dan menyambut Mang Oded yang diamanahi sebagai khatib sebelum solat Jumaat itu.

"Waktu solat hari ini, InsyaAllah jatuh pada jam 11.44 WIB. Dengan khatib, H. Oded Mohamad Danial, beliau merupakan wali kota. Untuk itu kami sampaikan jazakumullah khairan katsiran atas berkenan bapak menyempatkan bertindak sebagai khatib," katanya.

Mang Oded berdiri di hadapan orang ramai untuk mendirikan solat sunat... dan tiba-tiba beliau rebah.

Meninggal dunia dalam keadaan suci dan saat beribadah - suatu nikmat yang diidam-idamkan umat Islam. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jarang-jarang segala tingkah laku seseorang terakam pada detik-detik akhir riwayatnya. Tapi bagi Mang Oded ini, walaupun beliau dirakam hampir setiap masa, beliau tidak menunjukkkan sedikit pun cacat cela pada keperibadiannya.

Kini pemergian Mang Oded diratapi ramai, termasuk para netizen yang mendoakannya.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan