Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah 8 minit
Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan, kata Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Encik Mohamad Yusof Ahmad.

Gambar fail.
SEREMBAN: Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan, kata Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Encik Mohamad Yusof Ahmad.
Katanya, keputusan untuk melaksanakan perkara itu sudah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
"Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan, menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk dalam menentukan waktu subuh, setelah keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov tahun lalu.
"Selaras dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat (3 Jan).
Laporan berkaitan: Solat subuh S’pura tidak terjejas dengan perubahan pada waktu Subuh Johor
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.