Skip to main content

Dunia

Waktu lawat Rawdah diumum, perlu dapat permit melalui Nusuk

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu lawat Rawdah diumum, perlu dapat permit melalui Nusuk
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi umumkan waktu lawatan harian ke Al-Rawdah Al-Sharifah di Masjid Nabawi bagi lelaki dan wanita. (Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 06 Dec 2025 08:54AM Dikemas Kini : 06 Dec 2025 08:56AM
MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu lawatan harian ke Al-Rawdah Al-Sharifah di Masjid Nabawi bagi lelaki dan wanita, dengan syarat permit diperoleh melalui platform Nusuk (sah sekali setiap 365 hari) atau laluan akses segera berhampiran masjid bagi memastikan pergerakan pengunjung terkawal.

Waktu lawatan bagi lelaki dibenarkan dari 2 pagi hingga solat subuh dan sekali lagi dari 11.20 pagi hingga solat Isyak. Pada Jumaat, lelaki mempunyai tambahan waktu dari 9.20 pagi hingga 11.20 pagi serta dari selepas solat Jumaat hingga solat Isyak, lapor Agensi Berita Saudi (SPA), seperti yang ditukil BERNAMA.

Bagi wanita, lawatan bermula selepas solat subuh hingga 11 pagi, manakala sesi malam berlangsung dari selepas solat isyak hingga 2 pagi. Pada Jumaat, sesi pagi berakhir lebih awal iaitu dari selepas solat subuh hingga 9 pagi, sementara waktu malam kekal sama (selepas solat Isyak hingga 2 pagi).

Kemasukan lawatan dikawal sepenuhnya melalui pekarangan selatan di hadapan Pintu Makkah 37 mengikut laluan yang ditetapkan.

Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa warga emas dibenarkan masuk dengan menggunakan kerusi roda tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi memudahkan akses.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita