Waktu berbuka puasa dimulakan dengan tembakan meriam di Mesir
Di Mesir, waktu berbuka puasa dimulakan dengan tembakan meriam dalam satu tradisi yang dikenali sebagai Midfa Al-Iftar atau Meriam Ramadan.
(Gambar: AFP)
KAHERAH: Di Mesir, waktu berbuka puasa dimulakan dengan tembakan meriam dalam satu tradisi yang dikenali sebagai Midfa Al-Iftar atau Meriam Ramadan.
Buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, tembakan meriam itu dilepaskan di Kubu Kota Salah El-Din di Kaherah.
Kali terkahir meriam itu digunakan adalah pada 1992.
Namun kini meriam itu telah dibaik pulih sebagai sebahagian daripada rancangan Mesir untuk membangunkan tapak-tapak sejarahnya.
Tahun ini, umat Islam di ibu kota Mesir dibenarkan menunaikan solat terawih di masjid setelah kebanyakan masjid ditutup pada tahun lalu akibat pandemik COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.