Wakil Korea Selatan terajui Interpol
Badan Polis Antarabangsa, Interpol, melantik Kim Jong-yang dari Korea Selatan sebagai presiden barunya, menggantikan Meng Hongwei dari China.
DUBAI: Badan Polis Antarabangsa, Interpol, melantik Kim Jong-yang dari Korea Selatan sebagai presiden barunya, menggantikan Meng Hongwei dari China.
Encik Meng meletak jawatan setelah ditahan di Beijing atas tuduhan rasuah.
Encik Kim yang sudahpun bertindak sebagai ketua badan tersebut mengalahkan calon dari Rusia, Alexander Prokopchuk.
Undian bagi presiden baru itu dijalankan di Dubai, di mana kongres tahunan Interpol lazimnya diadakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.