Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wakil khas ASEAN gesa junta Myanmar bebaskan Suu Kyi

Anggaran Waktu Membaca:
Wakil khas ASEAN gesa junta Myanmar bebaskan Suu Kyi

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang digulingkan oleh junta tentera. (Gambar fail: Ye Aung Thu/AFP)

HNOM PENH: Seorang utusan khas ASEAN bagi krisis di Myanmar pada Isnin (27 Jun) meminta supaya pemerintah tentera membebaskan pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, dari penjara sebelum lawatan beliau akhir minggu ini, lapor Reuters.

Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, akan membuat lawatan kedua ke Myanmar mulai Rabu ini, menurut jurucakap kementerian beliau, sebagai sebahagian daripada komitmen keamanan junta tentera dengan 10 negara anggota ASEAN yang lain.

Cik Suu Kyi, 77, yang dituduh melakukan sekurang-kurangnya 20 jenayah sejak rampasan kuasa terhadap pemerintah yang dipilih tahun lalu, kini dipindahkan ke penjara di ibu kota Naypyitaw dan ditahan dalam kurungan bersendirian.

"Aung San Suu Kyi dihormati pada peringkat antarabangsa dan penduduk Myanmar sendiri kerana memainkan peranan besar dalam pemulihan negara dan perdamaian nasional melalui penyelesaian politik yang aman," kata Encik Prak Sokhonn, dalam surat kepada junta.

Kumpulan aktivis mengecam lawatannya sebalum ini pada Mac sebagai kegagalan yang memihak kepada junta.

Dalam suratnya, Encik Prak Sokhonn menegaskan proses damai yang berjaya adalah mustahil dicapais dengan satu pihak dikecualikan.

"Huraian politik yang aman bagi sesuatu konflik, tidak kira betapa rumit, harus melibatkan perkongsian ruang politik oleh semua yang terbabit," katanya.
Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan