Wakil bukan politik Myanmar diundang hadiri mesyuarat ASEAN
(Gambar: Bernama)
PHNOM PENH: Kementerian Luar Kemboja menyatakan wakil bukan politik dari Myanmar sudah diundang untuk menghadiri mesyuarat ASEAN yang bakal berlangsung.
Keputusan itu dibuat walaupun Kemboja sudah berusaha mendekati pemimpin tentera Myanmar semasa lawatan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen ke negara tersebut pada Rabu (26 Jan), menurut Reuters.
Para anggota ASEAN masih berbelah bagi untuk melibatkan perwakilan tentera Myanmar dalam retreat menteri-menteri luar pertubuhan serantau itu yang akan datang.
Myanmar didapati tidak membuat banyak kemajuan dalam melaksanakan rancangan lima perkara ASEAN bagi menghuraikan krisis negara itu.
Selaku pengerusi ASEAN sekarang, Kemboja menyatakan ia sudah menggalak pemerintah tentera Myanmar supaya menghantar wakil bukan politik dan tidak mengosongkan kerusinya di 'retreat' tersebut.
Pihak tentera Myanmar akan memilih sendiri wakil yang akan dihantar untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Kemboja menambah bahawa ia amat prihatin tentang perkembangan terkini di Myanmar.
Keganasan dilaporkan terus berlaku dan krisis kemanusiaan di negara itu semakin memburuk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.