Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wajarkah kedai rambut dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan?

Selepas lebih tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, isu rambut panjang dan tidak terurus antara perkara yang sering dibincangkan pengguna media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Wajarkah kedai rambut dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan?

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Apr 2020 12:19AM Dikemas Kini : 12 Apr 2020 12:23AM

KUALA LUMPUR: Selepas lebih tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, isu rambut panjang dan tidak terurus antara perkara yang sering dibincangkan pengguna media sosial.

Kegusaran rakyat Malaysia mengenai rambut panjang serta janggut dan misai tidak terurus sepanjang PKP akhirnya seperti menemui jalan penyelesaian susulan pengumuman kerajaan semalam (10 Apr) mengenai beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi, termasuk kedai gunting rambut.

Bagi kaum lelaki, penutupan premis gunting rambut semestinya menimbulkan kesulitan kepada mereka untuk menjaga penampilan apabila bukan sahaja rambut menjadi panjang malahan jambang mula menebal, misai pula jadi tidak terurus.

Sama penting juga kedai gunting rambut atau salon yang sering menjadi lokasi 'wajib' kaum hawa mencuci rambut, mengekalkan kesihatan rambut dengan pelbagai vitamin yang ditawarkan.

Namun, adakah kelonggaran yang diberikan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi ini diterima baik masyarakat?

Terutama pembukaan semula kedai gunting rambut.

88% INGIN KEDAI TERUS DITUTUP

Bernama TV menerusi Facebook rasminya melakukan undian umum pada Sabtu dengan bertanyakan soalan kepada pengguna media sosial 'Adakah anda bersetuju kedai gunting rambut dibuka semasa PKP?'
Undian yang dibuat sejak pukul 1.00 tengah hari menarik minat undian lebih 17,000 pengguna Facebook (sehingga pukul 6 petang).

Hampir 88 peratus daripada 16,500 undi tidak bersetuju manakala selebihnya iaitu 12 peratus bersetuju.

Pada ruangan komen pula, rata-rata berpendapat kedai gunting rambut tidak perlu dibuka sekiranya rantaian wabak COVID-19 ingin diputuskan segera.

Namun ada juga yang berpendapat agar pemilik premis hanya menyediakan perkhidmatan menerusi temu janji awal agar tiada kesesakan berlaku di dalam premis.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat sektor seperti kedai perkakasan dan cermin mata juga tidak perlu diberikan kebenaran beroperasi.

Jadi, anda pula bagaimana? Setuju atau tidak?

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan