Wajah Kate Middleton 'lebam', penuh luka cetus kemarahan ramai
Gambar Duchess of Cambridge, Kate Middleton dalam keadaan ‘lebam’ mencetuskan kekecohan warganet.
Gambar: MEGA/AleXsandro Palombo
LONDON: Gambar Duchess of Cambridge, Kate Middleton dalam keadaan ‘lebam’ mencetuskan kekecohan warganet.
Gambar isteri Putera William itu yang turut dipenuhi 'luka' dan 'parut' dipercayai digunakan dalam iklan sosial berkaitan keganasan rumah tangga.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan gambar berkenaan digunakan tanpa kebenaran.
“Dia melaporkan… tetapi tiada siapa yang mempercayainya, malah dia ditinggalkan sendirian.
“Dia juga tidak dilindungi, tetapi dia (lelaki) itu tidak dihalang. Malah, dia pula dibunuh,” demikian bunyi kapsyen iklan tersebut.
The Sun melaporkan poster dengan gambar tersebut kelihatan ditampal di perhentian bas dan bangunan di Itali dan Sepanyol.
Selain gambar Kate, 39 tahun, kempen iklan sosial itu turut menggunakan gambar Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, Permaisuri Sepanyol, Ratu Letizia, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen serta Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagard.
Menurut pelukis Itali, AleXsandro Palombo, yang menghasilkan kempen iklan sosial berkenaan, tujuannya berbuat demikian adalah untuk ‘menarik perhatian (ahli) politik' berhubung respons teruk yang diberikan terhadap masalah keganasan melibatkan jantina.
Keadaan itu, dakwanya menonjolkan ketidakberkesanan sistem sokongan dan perlindungan kepada mangsa.
Bagaimanapun, tindakan tersebut menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan warganet yang menyifatkannya bukan sebagai bahan jenaka.
“Anda jangan main-main… jangan gunakan imej wanita tanpa kebenaran mereka,” tulis seorang pengguna media sosial.
Selain itu, rata-rata warganet mendesak agar iklan tersebut segera diturunkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.