Skip to main content

Dunia

Wadah media sosial dipertanggungjawabkan atas kandungan berbahaya: BBC

Syarikat-syarikat media sosial seperti Facebook dan Twitter akan dipertanggungjawabkan bagi kandungan yang berbahaya di platform masing-masing. Demikian diumumkan pengawal selia Britain, Ofcom seperti dilaporkan BBC pada Rabu (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Wadah media sosial dipertanggungjawabkan atas kandungan berbahaya: BBC

(Gambar hiasan: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 09:41PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 09:43PM

LONDON: Syarikat-syarikat media sosial seperti Facebook dan Twitter akan dipertanggungjawabkan bagi kandungan yang berbahaya di platform masing-masing. Demikian diumumkan pengawal selia Britain, Ofcom seperti dilaporkan BBC pada Rabu (12 Feb).

Syarikat penyiaran itu memetik, menteri digital Britain yang bakal berundur Nicky Morgan, sebagai berkata bahawa wadah-wadah media sosial itu berjaya menentang peraturan sebelum ini namun "mereka faham sekarang peraturan tidak dapat dielakkan".

Britain mengusulkan undang-undang keselamatan online baru tahun lalu yang disifatkannya sebagai yang paling tegas di dunia.

Mantan Perdana Menteri Theresa May berkata pada ketika itu yang beliau akan meletakkan kewajipan undang-undang "ke atas syarikat internet untuk memastikan pengguna online selamat". Syarikat-syarikat berkenaan berdepan denda besar, dengan ketuanya juga dipertanggungjawab secara peribadi, kata kerajaan itu.

Pemerintah di merata dunia sedang bergelut dengan cabaran untuk mengawal lebih baik kandungan di media sosial, yang sering dipersalahkan kerana menggalak penganiayaan, penyebaran pornografi online dan mempengaruhi atau memanipulasi pengundi.

Di bawah usulan yang diumumkan pada Rabu, platform media sosial perlu memadam kandungan haram dengan pantas dan memastikan risiko ia muncul dikawal sama sekali, tambah BBC.

Seorang jurucakap kementerian enggan mengesahkan butiran atau memberi sebarang komen oleh menteri itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita