Wadah e-dagang Indonesia sekat jualan pakaian 'bundle' import
JAKARTA: Platform beli-belah online Indonesia akan menyekat peniaga yang menjual pakaian terpakai import dan meletakkan mereka dalam senarai hitam, menurut Persatuan E-Dagang Indonesia pada Khamis (16 Mac).
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pembelian barangan terpakai semakin popular di Indonesia, dan pakaian terpakai yang diimport telah mengganggu industri tekstil domestik, lapor Xinhua.
Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan juga berkata industri pakaian ‘bundle’ mendatangkan kerugian kepada negara.
Indonesia merupakan antara platform e-dagang terbesar di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.