Wabak mpox landa 15 negara Afrika, dedah WHO
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Glody MURHABAZI / AFP)
KINSHASA: Sebanyak 15 negara di rantau Afrika terjejas oleh wabak mpox sejak 2024, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (11 Okt), lapor Xinhua.
WHO turut memberi amaran mengenai pelbagai 'klad' yang menambah "lapisan kerumitan," diagnosis lewat, dan akses yang terhad kepada rawatan.
Menurut laporan terbaharu WHO mengenai wabak mpox di Afrika, 15 negara dalam rantau itu mempunyai penularan aktif mpox, yang ditakrifkan sebagai kes-kes yang dilaporkan dalam tempoh enam minggu lalu.
Ghana menjadi negara terbaru terjejas oleh wabak mpox seperti yang dilaporkan pada awal Oktober.
Setakat 29 Sep 2024, Afrika telah merekodkan 37,325 kes disyaki jangkitan mpox, termasuk 996 kematian dan 6,602 kes yang disahkan adalah jangkitan mpox, manakala sebahagian besar kes telah dikenal pasti di Republik Demokratik Congo (DRC).
Menurut WHO, DRC yang telah melaporkan 30,766 kes, berdepan kadar kematian yang lebih tinggi disebabkan oleh diagnosis lewat dan akses yang terhad kepada rawatan di beberapa zon kesihatan.
Hanya 39 peratus kes disyaki jangkitan mpox telah diuji pada 2024, manakala kadar positif dalam kalangan kes yang diuji adalah sekitar 55 peratus.
Agensi kesihatan itu menyatakan bahawa sebilangan besar kes yang disyaki mpox masih belum diuji dan "oleh itu tidak pernah disahkan" disebabkan oleh kapasiti diagnostik yang terhad.
WHO menyatakan bahawa Afrika sedang menghadapi pelbagai 'klad' virus itu yang lebih merumitkan usaha tindak balas.
"Klad Ia" sedang menular di Republik Afrika Tengah manakala "Klas Ib" dikesan di Uganda, Rwanda dan Burundi manakala "Klad IIb" dilaporkan di Nigeria dan Afrika Selatan yang menambah "lapisan kerumitan" dalam menguruskan wabak di negara-negara terjejas, menurut laporan itu.
WHO menekankan keperluan segera untuk meningkatkan kapasiti makmal, memperkukuhkan sistem pemantauan, dan memperbaiki penyelarasan rentas sempadan, serta menggesa negara-negara anggota untuk memberi tumpuan kepada pengesanan awal, melaksanakan kempen vaksinasi yang bersasar dan meningkatkan intervensi kesihatan awam, terutamanya di kawasan-kawasan yang mengalami peningkatan kes.
Pada pertengahan Ogos, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) mengisytiharkan wabak mpox yang sedang menular di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam bagi keselamatan benua. Tidak lama selepas itu, WHO juga mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa, mengaktifkan tahap amaran global tertinggi untuk mpox buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.
Namun, buletin terbaharu WHO tidak memasukkan Zambia yang mengumumkan pada Khamis bahawa ia telah mengesan kes pertama mpox di negara itu dalam kalangan warga Tanzania yang melawat bandar Chitambo di Wilayah Tengah.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.