Wabak Ebola di Congo catat lebih 2,400 kes, hampir 1,000 kematian
Anggaran Waktu Membaca:
Republik Demokratik Congo (DR Congo) merekodkan 1,561 kes Ebola yang disahkan, termasuk 506 kematian. (Gambar fail: AP)
- WHO melaporkan wabak Ebola akibat virus Bundibugyo di Republik Demokratik Congo telah menyebabkan 2,423 kes, 967 kematian dan 469 pesakit pulih setakat 21 Julai.
- Wabak ini merebak ke lima wilayah, dengan Ituri menjadi pusat utama penularan dan menyumbang majoriti kes serta kematian.
- Pihak berkuasa kesihatan kini lebih memahami corak penularan dan menyesuaikan langkah respons, termasuk penempatan pasukan respons pantas di kawasan baharu.
- WHO memberi keutamaan kepada persemadian selamat, sistem rujukan dan pengurusan klinikal di kawasan paling terjejas untuk mengawal penularan.
GENEVA: Wabak Ebola yang berpunca daripada virus Bundibugyo di Republik Demokratik Congo terus merebak dengan 2,423 kes disahkan, termasuk 967 kematian dan 469 pesakit pulih, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa (21 Jul).
Pengurus insiden WHO bagi respons penyakit virus Bundibugyo, Thierno Balde, memberitahu wartawan di Geneva bahawa wabak itu kini sudah merebak ke lima wilayah, dengan Ituri kekal sebagai pusat penularan, merangkumi 89.1 peratus daripada keseluruhan kes dan 83.9 peratus daripada jumlah kematian.
Walaupun jumlah kes terus meningkat, Encik Balde berkata pihak berkuasa kesihatan kini mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai corak penularan wabak itu dan sedang menyesuaikan langkah tindak balas sewajarnya.
"Wabak ini masih mendahului usaha kami dan kami masih berada dalam fasa mengejar penularannya," katanya.
Beliau berkata WHO sudah mengenal pasti tiga corak penularan yang berbeza, iaitu penularan berintensiti tinggi yang masih berlaku di Bunia dan kawasan sekitarnya, penularan baharu di beberapa lokasi termasuk Kisangani, Haut-Uele, Katwa dan Butembo, serta tanda-tanda penstabilan di Mongbwalu, lokasi wabak itu mula dikesan, selain di Goma.
Beliau berkata pasukan respons pantas yang ditempatkan di Kisangani setakat ini berjaya menghalang penularan peringkat kedua, dengan kesemua lima kes yang dilaporkan di bandar itu merupakan kes import dari Ituri. Pelan serupa akan diperluas ke Haut-Uele, Katwa, Butembo dan kawasan lain yang menunjukkan penularan baharu.
"Kami memberi keutamaan kepada peluasan persemadian yang selamat dan bermaruah, sistem rujukan serta keupayaan pengurusan klinikal di kawasan yang mencatat penularan paling aktif," katanya.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.