Vo Thi Anh Xuan dilantik sebagai pemangku Presiden Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:

Vo Thi Anh Xuan. (Gambar fail: Nhac Nguyen/ AFP)
HANOI: Vietnam melantik Vo Thi Anh Xuan sebagai pemangku Presiden.
Ia menyusuli keputusan parlimennya pada Rabu (18 Jan) meluluskan peletakan jawatan Presiden Nguyen Xuan Phuc.
Demikian menurut Agensi Berita Vietnam rasmi.
Cik Xuan menyandang jawatan sebagai naib presiden sejak April 2021. Beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai pemangku Presiden sehingga parlimen melantik Presiden baru.

Parti Komunis yang memerintah menyalahkan Encik Phuc kerana perbuatan rasuah yang melibatkan para pegawai bawahannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri antara tahun 2016 hingga 2021.
Isteri Encik Puch juga dilaporkan terbabit dalam skandal rasuah terbesar di Vietnam berkaitan kit-kit ujian COVID-19.
Encik Puch adalah pegawai tertinggi yang menjadi sasaran kempen parti komunis membanteras rasuah.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.