Vlogger China maut selepas dibakar bekas suami
Kes tragik seorang vlogger yang maut selepas dibakar bekas suaminya mencetuskan kemarahan berhubung isu keganasan rumah tangga di media sosial China.
(Gambar: Reuters/Stringer)
BEIJING: Kes tragik seorang vlogger yang maut selepas dibakar bekas suaminya mencetuskan kemarahan berhubung isu keganasan rumah tangga di media sosial China.
Wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai Lamu, meninggal dunia Rabu lalu selepas usaha menyelamatkannya gagal, menurut kenyataan polis daerah Jinchuan, yang terletak di kawasan terpencil di Sichuan.
Wanita itu memiliki lebih 885,000 pengikut di Douyin, iaitu aplikasi TikTok versi China dan kerap memuat naik video kehidupan hariannya mencari makanan di kawasan pergunungan dan memasak sambil mengenakan pakaian tradisional Tibet.
Kenyataan polis Khamis lalu mengesahkan laporan media tempatan bahawa bekas suami wanita itu yang dikenali sebagai Tang, mencurah petrol dan membakarnya di rumah pada 14 September lalu.
Lamu kemudian dipindahkan ke Hospital Awam Wilayah Sichuan untuk rawatan pada 17 September berikutan tubuhnya melecur sehingga 90 peratus, menurut kakaknya kepada Chengdu Commercial Daily.
Bekas suaminya dilaporkan menyerang Lamu ketika wanita itu sedang menyiarkan video secara langsung dan sebelum ini pernah berdepan masalah keganasan rumah tangga, lapor media tempatan.
Tang kemudian ditahan atas dakwaan membunuh dengan sengaja, menurut polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.