Skip to main content

Dunia

Vladimir Putin & Xi Jinping akan bincang soal Ukraine, Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
Vladimir Putin & Xi Jinping akan bincang soal Ukraine, Taiwan

Pemimpin China dan Rusia, Xi Jinping and Vladimir Putin. (Gambar: Alexei Druzhinin / Sputnik / AFP)

Diterbitkan : 14 Sep 2022 10:55AM
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping akan berbincang mengenai Ukraine serta Taiwan semasa satu mesyuarat di Uzbekistan pada Khamis (15 Sep), yang menurut Kremlin akan mempunyai "kepentingan khas" memandangkan keadaan geopolitik.

Encik Xi akan meninggalkan China buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun untuk melakukan lawatan ke Asia Tengah minggu ini di mana beliau akan bertemu dengan Encik Putin.
"Kedua-dua presiden itu akan berbincang mengenai agenda dua hala serta topik-topik utama serantau dan antarabangsa," kata Penolong Dasar Luar Negara Kremlin, Yuri Ushakov, semasa taklimat di Mosko.

"Mereka akan memberikan penilaian positif terhadap tahap kepercayaan yang tinggi dalam perkongsian strategik dua hala yang belum pernah berlaku sebelum ini," tambah beliau.

Perkongsian "tiada batasan" yang semakin mendalam antara kuasa besar China yang semakin meningkat dengan Rusia, pengeluar sumber asli, adalah satu perkembangan geopolitik yang diperhatikan Barat dengan penuh debaran.

Encik Ushakov mengatakan Moscow menghargai kedudukan China terhadap apa yang disebutnya sebagai "krisis Ukraine" sambil menambah bahawa Beijing mengambil "pendekatan seimbang" terhadap konflik itu.

China "memahami dengan jelas sebab-sebab yang memaksa Rusia untuk melancarkan operasi ketenteraan khasnya. Isu itu, tentu sekali, akan dibincangkan secara menyeluruh semasa mesyuarat akan datang," kata Encik Ushakov.

Pertemuan antara Encik Xi dengan Encik Putin di Uzbekistan akan berlangsung di luar acara sidang puncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita