Vladimir Putin akan bertanding sekali lagi dalam Pilihan Raya Presiden Rusia pada Mac 2024
Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar fail: Mikhail Metzel/Sputnik/AFP)
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin akan bertanding dalam pilihan raya presiden negara itu pada tahun depan untuk mentadbir buat penggal kelima.
Pengumuman tersebut dibuat pada Jumaat (8 Dis), di mana ramai menyifatkannya sebagai sesuatu yang dijangkakan dan malah, tidak akan menimbulkan sebarang persoalan.
Ukraine, yang sedang berperang dengan Rusia, menyatakan ia tidak terkejut dengan keputusan Encik Putin itu.
Para penduduk Rusia yakin bahawa pemimpin mereka itu akan memenangi pilihan raya tersebut.
Seorang penduduk berkata tiada calon yang lebih baik daripada Encik Putin dan beliau hanya akan mengundi Encik Putin.
Di bawah penyusunan semula perlembagaan yang dilakarkan pada 2020, Encik Putin layak mendapatkan mandat untuk mentadbir buat dua lagi penggal enam tahun selepas tempohnya tamat tahun depan, sekali gus membolehkannya kekal berkuasa sehingga 2036.
Pilihan raya tersebut dijangka diadakan pada 17 Mac tahun depan. Pemenang pilihan raya tersebut bakal menggalas jawatan itu secara rasmi pada Mei tahun depan.
Setakat ini, dua calon lain yang turut mengumumkan hasrat untuk bertanding: mantan penggubal undang-undang Boris Nadezhdin, yang berkhidmat di majlis perbandaran di Mosko, dan Yekaterina Duntsova, seorang wartawan dan peguam dari wilayah Tver di utara Mosko, yang pernah menjadi anggota badan perundangan tempatan.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.