Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vivian Balakrishnnan singgah di UAE dalam lawatan kerja ke Timur Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
Vivian Balakrishnnan singgah di UAE dalam lawatan kerja ke Timur Tengah

Gambar: Pejabat Menteri Ehwal Luar, UAE

Diterbitkan : 25 Mar 2022 08:00AM Dikemas Kini : 25 Mar 2022 08:01AM

SINGAPURA:Singapura dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) saling bertukar pandangan tentang pembangunan serantau dan sejagat.

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan yang berada di sana untuk satu lawatan kerja berkata sebagai negara kecil dan hab serantau, kedua-duanya berkongsi kepentingan yang sama.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Khamis (24 Mac).

Lawatan Dr Balakrishnan ke UAE adalah sebahagian daripada rangka lawatannya ke Timur Tengah.

Beliau diraikan dalam satu jamuan tengah hari bersama Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Abdullah Zayed Al Nahyan.

Dr Balakrishnan juga mengucapkan tahniah kepada UAE kerana berjaya menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dubai 2020, meskipun ia diadakan di tengah-tengah pandemik.

Ekspo itu berakhir minggu depan.

Beliau juga bertemu Encik Khaldoon Khalifa Al Mubarak, pengerusi Penguasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi, yang juga pengarah urusan serta ketua eksekutif kumpulan Mubadala Investment Co untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pemulihan pandemik dan membincangkan perkembangan sejagat dan di rantau itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan