Skip to main content

Dunia

Visa ziarah bukan untuk ibadah Haji, jelas Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Visa ziarah bukan untuk ibadah Haji, jelas Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 May 2022 04:34PM

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan bahawa ibadah Haji hanya boleh dilakukan jemaah yang mempunyai visa yang ditetapkan. Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan sama ada mereka yang mempunyai visa ziarah boleh menunaikan Haji tahun ini.

Kementerian tersebut sebelum ini mengesahkan bahawa ibadah Haji tahun ini hanya boleh dilakukan jemaah yang memiliki visa ditetapkan untuk Haji atau mereka yang sah tinggal di Riyadh.

Kementerian itu turut mengesahkan bahawa prosedur bagi permohonan musim haji 1443 Hijrah di Arab Saudi akan diumumkan melalui saluran rasmi kementerian tersebut tidak lama lagi.

Sebelum ini ia memberi amaran kepada mereka yang ingin menunaikan Haji untuk berhati-hati dan tidak berurusan dengan mana-mana lelaman yang mencurigakan yang mendakwa dapat membantu dalam pendaftaran haji.

Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan pada April bahawa ia memutuskan untuk menambah jumlah jemaah kepada satu juta orang tahun ini dengan kuota tetap diperuntukkan untuk setiap negara.

Ia juga menetapkan terma dan syarat tertentu bagi jemaah dari luar negara.

Ini termasuk tidak membenarkan jemaah berusia lebih 65 tahun untuk menunaikan Haji dan mewajibkan jemaah mengambil dua dos vaksin koronavirus.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita