Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Virus Wuhan: Hong Kong isytihar keadaan darurat

Wilayah Hong Kong menaikkan tahap berjaga-jaga dengan mengisytiharkan keadaan darurat virus.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus Wuhan: Hong Kong isytihar keadaan darurat

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2020 07:18PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 07:27PM

HONG KONG: Wilayah Hong Kong menaikkan tahap berjaga-jaga dengan mengisytiharkan keadaan darurat virus.

Para pegawai tempatan berkata semua langkah pencegahan akan dilaksanakan dengan pemeriksaan dilakukan di semua pusat pemeriksaan sempadan.

Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam mengisytiharkan tahap kecemasan tertinggi selepas pihak berkuasa melaporkan 62 kes baru jangkitan.

Lima kes disahkan virus korona dan para pesakit dalam keadaan stabil.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penutupan sekolah akan dilanjutkan sehingga 17 Februari dengan bekalan pelitup akan ditambah.

Cik Lam sendiri akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa bertindak bagi menangani krisis penularan virus tersebut.

Hong Kong juga akan membatalkan semua penerbangan dan perjalanan kereta api laju dari Wuhan, China. 

Sumber : AFP/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan