Skip to main content

Dunia

Virus korona: Selebriti China mohon maaf promosi sup kelawar 3 tahun lalu

 Ketika angka korban akibat virus korona baru, 2019-nCoV, meningkat melebihi 80 orang, seorang selebriti terkenal China tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik video yang mempromosikan daging kelawar tiga tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus korona: Selebriti China mohon maaf promosi sup kelawar 3 tahun lalu

Wang Mengyun.

Diterbitkan : 28 Jan 2020 09:40AM Dikemas Kini : 28 Jan 2020 09:43AM

CHINA: Ketika angka korban akibat virus korona baru, 2019-nCoV, meningkat melebihi 80 orang, seorang selebriti terkenal China tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik video yang mempromosikan daging kelawar tiga tahun lalu.

Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan Wang Mengyun, hos sebuah rancangan mengenai percutian antarabangsa menulis di laman microblog peribadi yang beliau tidak mengetahui kelawar boleh menjadi pembawa kepada virus itu.

“Saya langsung tidak tahu ketika penggambaran itu berlaku (2017), wujud virus seperti itu. Saya hanya mengetahuinya baru-baru ini,” tulisnya lagi.

Wang berkata video itu dirakamkan di Palau, sebuah kepulauan di barat Lautan Pasifik tiga tahun lalu ketika beliau dan krunya membuat penggambaran bagi mempromosikan program pelancongan.

Sewaktu penggambaran, Wang telah mencuba beberapa jenis masakan tempatan, termasuk sup kelawar.

Di dalam video itu, Wang dan seorang lagi wanita China lain mengangkat mangkuk sup itu dan memandang ke kamera sambil tersenyum dan berkata, “Daging kelawar ini sangat segar dan rasanya seperti daging ayam.”

Video itu sudah diturunkan, namun kembali dimuat naik ribuan rakyat China lain selepas kes seakan-akan pneumonia mula direkodkan di bandar Wuhan, hujung tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita