Skip to main content

Dunia

Virus korona baru: Malaysia dan Singapura tubuh jawatankuasa kerja bersama

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa kerja bersama untuk menangani jangkitan virus korona baru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Feb 2020 08:54PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 11:10PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa kerja bersama untuk menangani jangkitan virus korona baru.

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian dalam satu sidang media hari ini (11 Feb). Beliau berkata keputusan bagi penubuhan jawatankuasa itu dibuat hasil perbincangan melibatkan pegawai kanan kedua-dua negara.

Jawatankuasa kerja bersama itu akan diterajui oleh timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

“Fokus kerjasama dua hala itu adalah berkongsi maklumat dalam bidang kesihatan awam, perubatan dan penyelidikan bagi memastikan penularan jangkitan 2019-nCoV ditangani secara berkesan.

“Kedua-dua negara juga akan melakukan saringan dan pengurusan kes rentas sempadan Malaysia dan Singapura.

“Disamping itu penyeragaman indikasi bagi penggunaan ubat antiviral kepada pesakit yang disahkan positif 2019-nCoV,” katanya pada sidang media harian berkaitan situasi terkini jangkitan virus korona baru di Malaysia.

Dr Zulkefly juga memaklumkan bahawa jawatankuasa kerja bersama itu akan membincangkan tentang nasihat perjalanan bagi rakyat kedua-dua negara.

Beliau menjelaskan pertemuan pertama akan diadakan sebaik sahaja kedua-dua timbalan menteri dapat mengaturkan masa bersama.

Apabila ditanya sebab Malaysia memutuskan untuk mengadakan daya inisiatif dua hala itu ketika ini, beliau berkata jawatankuasa tersebut penting kerana kedudukan kedua-dua negara yang dekat antara satu sama lain.

"Kita mempunyai hubungan sejarah. Kita mempunyai hubungan dua hala yang baik... Kita berkongsi koswe. Ratusan orang ulang alik setiap hari atas sebab keluarga, perniagaan dan riadah. Jadi, penting kita harus mengukuhkan kerjasama dalam menangani cooperation managing tpenularan virus korona," ujar beliau.

Dr Zulkefly memaklumkan tiada kes baru jangkitan virus korona di negara itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya kekal sebanyak 18 kes.

Daripada jumlah itu, 12 adalah warga China dan enam penduduk tempatan.

Sekurang-kurangnya tujuh pesakit di Malaysia dikatakan telah mengunjungi Singapura.

Tiga pesakit, semuanya warga China sudah dibenarkan pulang.

Kesemua pesakit yang masih ditahan di wad berada dalam keadaan stabil.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita