Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vietnam terus berdepan masalah dapatkan bekalan bahan api

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam terus berdepan masalah dapatkan bekalan bahan api

Vietnam (Gambar: Nhac NGUYEN/AFP)

HANOI: Vietnam akan terus berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan produk petroleum ditapis.

Demikian menurut Menteri Perusahaan dan Perdagangan Vietnam, Nguyen Hong Dien, pada Sabtu (5 Nov).

Ratusan stesen minyak di bandar terbesar di Vietnam sudah ditutup atau penjualannya dihadkan dalam minggu-minggu kebelakangan ini berikutan masalah kewangan dan kekurangan bekalan dalam negeri.

"Bekalan global semakin ketat dengan negara-negara berebut-rebut untuk membeli bekalan sebelum pemotongan pengeluaran OPEC+ dan sekatan lanjut ke atas Rusia," kata Encik Dien kepada parlimen.

Encik Dien berkata kenaikan dolar menjadikan import bahan api lebih mahal sekali gus meningkatkan lagi kesukaran dihadapi pengimport.

Mata wang dong Vietnam turun 8 peratus berbanding dolar tahun ini.

Beliau berkata beberapa pengimport bahan api juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membayar produk import mereka kerana gagal memenuhi keperluan bank.

Bank pusat Vietnam mengadakan mesyuarat darurat minggu ini dengan bank komersil untuk berbincang mengenai bekalan wang tunai dalam sistem ketika pemberi pinjaman berdepan tekanan akibat kredit yang diketatkan dan kadar faedah yang lebih tinggi.

"Gangguan bahan api dalam pasaran tempatan mungkin akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga 11 November apabila Kementerian Kewangan menyesuaikan kos untuk pengimport bahan api," kata Encik Dien.

Vietnam pada Rabu (2 Nov) menggesa firma perdagangan bahan api terbesar negara itu untuk mengeluarkan bekalan bagi mengurangkan kebimbangan mengenai masalah bekalan bahan api.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan