Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vietnam rugi AS$1.6 bilion akibat Taufan Yagi

Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Taufan Yagi menyebabkan kerugian AS$1.6 bilion (S$2.1 bilion) kepada ekonomi Vietnam, lapor media tempatan pada Isnin (16 Sep).

Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan taufan tersebut mencetuskan banjir paling teruk dalam sejarah negara itu.

Taufan Yagi membadai Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand dengan angin kencang dan hujan lebat seminggu lalu, serta mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang meragut lebih 400 nyawa.

Ia melanda kawasan Sungai Merah Vietnam yang diduduki ramai penduduk, dan merupakan sebuah daerah pertanian penting yang menempatkan hab pembuatan utama negara tersebut. Bencana itu menyebabkan kerosakan pada kilang dan prasarana, serta membanjiri ladang pertanian.

Di Vietnam, 292 maut dan lagi 38 hilang, manakala lebih 230,000 rosak serta 280,000 hektar tanah pertanian dimusnahkan, dedah pihak berkuasa.

Di Myanmar pula, junta melaporkan 113 kematian dan menyatakan bahawa lebih 320,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan menetapk di kem perlindungan sementara.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan