Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vietnam mulakan ujian klinikal fasa kedua vaksin COVID-19 tempatan

Vaksin kedua keluaran Vietnam, Covivac, kini memulakan ujian klinikal fasa kedua dengan memilih sukarelawan berkelayakan di wilayah Vu Thu wilayah Thai Binh pada Rabu (11 Ogos), lapor Agensi Berita Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam mulakan ujian klinikal fasa kedua vaksin COVID-19 tempatan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 07:13PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 07:16PM

HANOI: Vaksin kedua keluaran Vietnam, Covivac, kini memulakan ujian klinikal fasa kedua dengan memilih sukarelawan berkelayakan di wilayah Vu Thu wilayah Thai Binh pada Rabu (11 Ogos), lapor Agensi Berita Vietnam.

Ujian saringan dilakukan selama enam hari dan suntikan dos pertama akan dilakukan pada 18 Ogos.

Seramai 375 sukarelawan yang terpilih daripada 750 penduduk tempatan di daerah Vu Thu akan dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu dos 3mcg, 6mcg serta suntikan vaksin AstraZeneca.

Menurut Jawatankuasa Etika bahagian Penyelidikan Bioperubatan di Kementerian Kesihatan, penilaian fasa satu Covivac melibatkan 120 sukarelawan pada 15 Mac lalu dan hasilnya amat memberangsangkan membolehkan ia diteruskan ke fasa kedua.

Covivac merupakan vaksin hasil penyelidikan bersama antara Universiti Perubatan Hanoi dan Institut Kebersihan dan Epidemiologi Negara (NIHE). 

Vaksin tersebut menggunakan kultur sel embrio ayam - teknik yang digunakan institusi berkenaan sebelum ini bagi menghasilkan vaksin selesema bermusim.

Pengarah pusat kajian klinikal NIHE, Profesor Madya, Dr. Vu Dinh Thiem berkata sukarelawan terpilih perlu berusia 18 tahun hingga 80 tahun, termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis namun menjalani rawatan berkala.

Sekiranya fasa kedua berjalan lancar, pasukan penyelidik akan mengumpul sampel darah daripada para relawan pada hari ke-42 setelah vaksin diberikan iaitu pada akhir September.

Pada hari ke-57, para sukarelawan akan terus menjalani pemeriksaan fizikal serta penilaian ujian darah dan analisis sebelum fasa ketiga melibatkan 1,000 sukarelawan dilaksanakan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan