Vietnam mahu tarik lebih ramai pelancong Muslim
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan
HANOI: Sektor pelancongan Vietnam sedang meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara Muslim.
Menurut Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI), potensi sektor pelancongan halal dan mesra Muslim cukup besar, dengan 2.1 bilion Muslim di seluruh dunia yang membentuk sekitar 23 peratus penduduk dunia.
Jumlah pelancong Muslim dari seluruh dunia juga meningkat daripada 108 juta pada 2013 kepada 160 juta pada 2019, dan ia dijangka terus meningkat sebanyak 80 peratus tahun ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Nilai perbelanjaan pelancong juga dianggarkan mencecah AS$341.1 bilion (S$467.4 bilion) setiap tahun menjelang 2030.
Perangkaan Penguasa Pelancongan Kebangsaan Vietnam (VNAT), pula menunjukkan jumlah pelancong dari negara Muslim yang ke Vietnam meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya pelancong dari India, yang meningkat 240 peratus pada September lalu.
Jumlah pelancong yang tiba dari negara-negara di Asia Tenggara, seperti Singapura dan Indonesia, juga naik mendadak.
Timbalan Ketua Pengarah VNAT Ha Van Sieu berkata pasaran Halal menawarkan peluang bagi industri pelancongan Vietnam.

Sumber : Bernama/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.