Vietnam lapor kes pertama COVID-19 jenis baru
Vietnam mengesan kes import pertama virus korona jenis baru yang sedang menular dengan cepat di Britain, menurut kementerian kesihatan pada Sabtu (2 Jan).
(Gambar: REUTERS/Kham)
HANOI: Vietnam mengesan kes import pertama virus korona jenis baru yang sedang menular dengan cepat di Britain, menurut kementerian kesihatan pada Sabtu (2 Jan).
Jenis baru virus itu dikesan pada seorang wanita berusia 44 tahun yang pulang ke Vietnam dari Britain. Wanita itu sudah dikuarantin sebaik sahaja tiba di Vietnam dan disahkan positif virus itu pada 24 Dis, menurut kementerian dalam satu kenyataan.
"Para pengkaji melaksanakan ujian urutan gen terhadap sampel pesakit dan mengesan jenis baru itu yang dikenali sebagai "VOC 202012/01", menurutnya.
Virus jenis baru itu termasuk satu gen bermutasi yang boleh menyebabkan virus itu merebak dengan lebih mudah antara manusia.
Negara-negara di seluruh dunia telah melaksanakan larangan perjalanan ke Britain untuk menghentikan penularan jenis baru virus itu. Menurut saintis, jenis baru itu 40 peratus hingga 70 peratus lebih berjangkit berbanding virus asal.
Vietnam masih mengendalikan operasi penerbangan untuk membawa pulang rakyatnya yang terkandas di UK di tengah-tengah pandemik itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.