Vietnam, Indonesia setuju meterai perjanjian dagang beras selepas eksport merosot
Vietnam tidak lama lagi akan memeterai perjanjian dengan Indonesia bagi meningkatkan penghantaran beras untuk jangka panjang, demikian menurut pemerintah Vietnam dalam satu kenyataan pada Selasa (8 Jul), selepas jumlah eksport menjunam pada separuh pertama tahun ini.
Padi di luar rumah tradisional Baduy di kampung Kanekes, Lebak, Banten, Indonesia, pada 28 Apr 2020. (Foto: REUTERS/Willy Kurniawan)
Kenyataan itu dibuat selang beberapa jam selepas Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh bertemu dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di luar acara sidang puncak BRICS di Brazil.
Indonesia merupakan antara pasaran utama Vietnam bagi beras, namun penghantaran pada separuh pertama tahun ini menjunam 97 peratus kepada 19,000 tan metrik.
Vietnam merupakan pengeksport beras ketiga terbesar di dunia selepas India dan Thailand, namun Indonesia mengurangkan pembeliannya sebahagiannya disebabkan oleh inventori beras tempatan yang tinggi.
Pemerintah Vietnam berkata perjanjian perdagangan beras itu akan menyumbang kepada eksport beras yang mampan dan jangka panjang bagi Vietnam dan "memastikan jaminan bekalan makanan bagi Indonesia."
Semasa pertemuan itu, Encik Chinh juga berkata beliau akan mengarahkan kementerian perdagangan Vietnam supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk membuka pasaran masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.