Skip to main content

Dunia

Vietnam gantung penerbangan di 4 lapangan terbang, siap siaga hadapi Ribut Tropika Trami

Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Pihak berkuasa Vietnam sedang membuat persiapan untuk menggantung operasi empat lapangan terbang di wilayah tengahnya.

Ini sedang negara itu bersiap siaga untuk berdepan dengan Ribut Tropika Trami.

Ribut itu telah menyebabkan korban jiwa dan kerosakan besar di Filipina.

Ribut Trami diramal akan melanda bahagian tengah Vietnam mulai Sabtu (26 Okt) sehingga Isnin, sekali gus menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta menimbulkan kemungkinan berlakunya banjir.

Perkembangan ribut itu disifatkan sebagai "rumit" dan menimbulkan risiko tinggi kepada lapangan-lapangan terbang berkenaan, menurut Penguasa Penerbangan Awam Vietnam dalam satu kenyataan.

Lapangan terbang di wilayah Vietnam itu, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Bai, akan ditutup mulai Ahad pagi.

Ia dijangka dibuka semula sama ada pada hari yang sama ataupun Isnin nanti.

Ribut Trami meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa di Filipina dan negara itu sedang bersiap siaga untuk menghadapi taufan baharu.

Ini di samping kemungkinan ribut tersebut akan kembali melanda.

Lebih 4.2 juta penduduk terjejas dan ramalan awal menetapkan jumlah kerosakan pada pertanian serta infrastruktur angkara bencana alam itu mencecah sehingga 291 juta peso (S$6.6 juta).

Vietnam bahkan masih sedang giat melakukan usaha pemulihan ekoran Taufan Yagi, yang melanda wilayah utara negara itu pada bulan lalu.

Taufan tersebut menyebabkan beratus-ratus mangsa maut dan menyebabkan kerosakan ekonomi, yang dianggarkan berjumlah lebih daripada S$3.96 bilion.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita