Skip to main content

Dunia

Vietnam diiktiraf secara rasmi sebagai rakan negara BRICS

Anggaran Waktu Membaca:
 Vietnam diiktiraf secara rasmi sebagai rakan negara BRICS

Banting mengibarkan bendera BRICS sedang sidang puncak perkumpulan serantau itu berlangsung di Kremlin, Rusia (Gambar fail: Reuters/Maxim Shemetov)

Diterbitkan : 14 Jun 2025 01:51PM Dikemas Kini : 14 Jun 2025 01:52PM
SAO PAULO: Vietnam secara rasmi diterima sebagai "negara rakan kongsi" kumpulan BRICS yang terdiri daripada beberapa ekonomi utama yang pesat maju, kata pemerintah Brazil pada Jumaat (13 Jun), sedang blok serantau itu terus catat kemajuan dan terus diperluaskan.

Ia adalah negara kesepuluh untuk menerima status ini, yang membenarkan negara jemputan untuk mengambil bahagian dalam sidang puncak BRICS dan sesi-sesi rundingannya yang lain.

Pada awal tahun ini Vietnam menyatakan bahawa ia bersedia untuk membincangkan perkongsian dengan BRICS, yang pada asalnya dianggotai oleh Brazil, Rusia, India dan China.

“Pemerintah Brazil mengalu-alukan keputusan pemerintah Vietnam,” menurut negara Amerika Selatan itu, yang memegang jawatan presiden blok itu pada 2025.

"Vietnam tampil sebagai penyumbang yang relevan di Asia. Inisiatifnya yang berpihak kepada kerjasama, pembangunan mampan sesama negara-negara di bahagian selatan dunia mengukuhkan kedudukannya sebagai anggota yang penting buat kumpulan itu," tambahnya.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita