Skip to main content

Dunia

Vietnam catat suhu rekod 44.1°C di wilayah utara

Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Vietnam mencatatkan suhu rekod tertinggi pada petang Sabtu (6 Mei), iaitu 44.1 darjah Celsius. Para pegawai berkata catatan itu memecah rekod yang dicatatkan sebelum ini pada 2019.

Rantau Asia Selatan sedang bergelut dengan gelombang haba sepanjang April dengan negara-negara jiran di rantau itu juga mencatatkan suhu rekod.

Kedaan cuaca di Vietnam lazimnya berbeza daripada bahagian utara ke selatan, namun seluruh negara itu kini mengalami musim panas yang paling panas

Pusat Kebangsaan bagi Ramalan Meteorologi Hidro, suhu rekod 44.1 darjah Celsius pada Sabtu dicatatkan di pusat tertutup Hoi Xuan, bahagian utara-tengah wilayah Thanh Hoa.

Angka itu memecahkan rekod sebelum ini iaitu 43.4 darjah Celsius yang dicatat kan pada 20 April 2019, di Daerah Huong Khe di tengah wilayah Ha Tinh.

Para saintis berkata pemanasan global memburukkan lagi keadaan cuaca, dengan laporan terkini dari Panel Antara Pemerintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Perubahan Iklim memberi amaran bahawa "setiap peningkatan suhu pada pemanasan global akan memburukkan lagi keadaan".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita