Skip to main content

Dunia

Vietnam bebaskan hampir 14,000 banduan jelang sambutan hari kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam bebaskan hampir 14,000 banduan jelang sambutan hari kebangsaan

Bendera Vietnam dikibarkan di Ho Chi Minh Mausoleum di Hanoi pada Selasa, pada 15 Apr 2025. (Gambar: Athit Perawongmetha/Pool Photo via AP)

Diterbitkan : 30 Aug 2025 06:49PM Dikemas Kini : 30 Aug 2025 06:53PM

HANOI: Vietnam menyatakan pada Jumaat (29 Ogos) bahawa ia akan membebaskan hampir 14,000 banduan, termasuk warga asing, menjelang sambutan hari kebangsaan negara itu. 

Ini juga bilangan rekod tahanan yang dibebaskan dalam tempoh setahun.

Negara itu sering mengumumkan pengampunan sebelum peristiwa-peristiwa penting dan membebaskan lebih 8,000 banduan pada April, menjelang ulang tahun ke-50 kejatuhan Saigon.

Mulai 1 September, pihak berkuasa Vietnam akan "memberi pengampunan kepada 13,915 banduan yang menjalani hukuman penjara", kata Can Dinh Tai dari pejabat presiden semasa sidang media.

Tahanan yang bakal dibebaskan termasuk 66 warga asing daripada 18 negara, termasuk dari China, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Australia.

Timbalan menteri keselamatan awam Le Van Tuyen berkata: "Jumlah banduan yang dibebaskan tahun ini adalah yang terbesar dalam sejarah".

Banduan yang sabit kesalahan kerana "cuba menggulingkan" pemerintah atau atas sebab "pengganasan" tidak layak untuk dibebaskan, berdasarkan undang-undang Vietnam.

Sejak 2009, Vietnam sudah bebaskan kira-kira 100,000 banduan lebih awal dari tarikh pembebasan mereka. Sungguhpun begitu, para aktivis politik tidak dimasukkan dalam senarai pembebasan.

Kementerian keselamatan awam menyatakan lebih 190,000 banduan di seluruh Vietnam sedang menjalani hukuman penjara.

Negara Asia Tenggara itu akan menyambut ulang tahun ke-80 tahun kemerdekaan daripada penjajahan Perancis pada 2 September, dengan mengadakan perarakan di ibu negara Hanoi.

Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita