Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video tular bukan patahkan operasi seludup senjata api; hanya jalankan pemeriksaan rutin

Anggaran Waktu Membaca:
Video tular bukan patahkan operasi seludup senjata api; hanya jalankan pemeriksaan rutin

Gambar pemeriksaan rutin yang tular di media sosial.

JOHOR BAHRU: Bukan 'seludup' senjata api, sebaliknya ia merupakan pemeriksaan rutin bagi kenderaan berlesen untuk membawa senjata api, peluru dan peralatan berkaitan melalui Pintu Masuk Sempadan antara Malaysia dengan Singapura.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, tidak berlaku sebarang percubaan membawa masuk senjata api dari Singapura ke Tambak Johor, seperti yang didakwa dalam audio dan gambar yang tular di media sosial pada Jumaat (22 Jul), lapor Harian Metro. 

Bagaimanapun, katanya, pergerakan treler dan pacuan empat roda yang membawa peralatan itu adalah sah dan diperiksa antara pukul 2.30 hingga 4.30 petang Jumaat (22 Jul) oleh pasukan diketuai Pegawai Turus Pelesenan Kontinjen Johor, lapor Harian Metro lagi. 

Kenderaan tersebut diperiksa di laluan keluar lori Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru. 

"Pemeriksaan tersebut adalah pemeriksaan rutin bagi setiap senjata atau peralatan berkaitan senjata api, sebagaimana surat kelulusan lesen sementera oleh Ketua Polis Negara. 

"Semuanya diperiksa bagi tujuan kelepasan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk masuk ke Singapura selepas selesai latihan ketenteraan bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu (23 Jul). 

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak mudah mempercayai berita tular tanpa memeriksa kesahihannya dan tindakan tegas bakal diambil kepada penyebar kandungan palsu, lapor Harian Metro.

Dalam video selama 18 saat itu, lelaki berkenaan mendakwa ada pihak membawa senjata api dari Singapura ke Malaysia di Tambak Johor dan perkongsian disertai beberapa gambar pemeriksaan senjata api oleh pihak berkuasa.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan