Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video promosi judi: Dalang diburu, 8 individu ditahan

Lima lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian, yang tular di media sosial sejak semalam (16 Apr) sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Video promosi judi: Dalang diburu, 8 individu ditahan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 11:31AM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 11:53AM

KUALA LUMPUR: Lima lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian, yang tular di media sosial sejak semalam (16 Apr) sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua individu yang ditahan itu dipercayai terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juruvideo, jurukamera, produser, pengarah dalam penggambaran video berkenaan.

“Kesemua mereka mengaku menerima bayaran bagi pembikinan video itu yang diadakan di dua lokasi iaitu Ampang dan Hulu Langat, Selangor pada 13 Mac lalu. Usaha mengesan dalang sebenar di sebalik pembikinan video berkenaan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan media hari ini (17 Apr).

Beliau berkata kesemua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Setakat ini, katanya lagi, polis telah menerima 38 aduan berhubung perkara itu.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya jangan membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh menyalurkannya kepada polis.

Sementara itu, mengulas mengenai penyebaran sebuah lagi video yang turut mempromosikan perjudian dalam talian yang tular hari ini, Acryl Sani berkata pihaknya sudah mengambil maklum berhubung perkara itu.

“Setakat ini belum ada laporan tetapi saya sudah arahkan satu laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan tular di media sosial hari ini sebuah lagi video mempromosikan perjudian dalam talian dengan bertemakan perayaan Aidilfitri.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan