Video palsu pembantu Narendra Modi cetuskan pertikaian politik semasa pilihan raya India
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri India Narendra Modi. (Gambar: Bernama)
BENGALURU: Video yang disunting menjadi perhatian sedang kempen pilihan raya di India semakin hangat.
Video palsu melibatkan dua pembantu Perdana Menteri India Narendera Modi mencetuskan siasatan polis, dengan beberapa kakitangan Parti Kongres diberkas.
Dalam pilihan raya pertama India yang menggunakan Kecerdasan Buatan (AI), Encik Modi pada minggu lalu berkata bahawa suara palsu digunakan untuk menunjukkan para pemimpin mengeluarkan "kenyataan yang tidak pernah difikirkan". Beliau menyifatkan situasi tersebut sebagai konspirasi "untuk mencetuskan ketegangan dalam masyarakat".
Polis India yang menyiasat video palsu yang tular, di mana beberapa pelakon Bollywod mengutuk Encik Modi, kini menyiasat rakaman video disunting, yang menunjukkan Menteri Ehwal Dalam Negeri India, Amit Shah, berkata parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) akan menghentikan bantuan kewangan kepada golongan minoriti.
Isu tersebut adalah perkara sensitif bagi berjuta pengundi.
Encik Shah memuat naik ucapan "asli" dan "palsu" di platform media sosial X. Beliau juga menuduh parti Kongres yang menghasilkan video tersebut untuk menyelewengkan orang ramai, tanpa sebarang bukti. Menteri itu juga berkata "arahan sudah diberi kepada polis untuk menangani isu tersebut".
Polis India memberkas sekurang-kurangnya sembilan individu, termasuk enam anggota pasukan media sosial parti Kongres di wilayah Assam, Gujarat, Telangana dan New Delhi minggu lalu kerana menyebarkan video palsu, tulis kenyataan polis.
Lima daripada kakitangan parti Kongres dibebaskan dengan ikat jamin, namun penangkapan individu berprofil tinggi oleh polis New Delhi berlaku pada Jumaat (3 Mei), apabila penyelaras media sosial parti Kongres, Arun Reddy, diberkas kerana berkongsi video tersebut.
New Delhi adalah salah satu daerah di mana kementerian Encik Shah mengawal polis secara langsung. Encik Reddy ditahan selama tiga hari.
MAKLUMAT PALSU
Pilihan Raya India yang berlangsung dari 19 April hingga 1 Jun adalah acara demokratik terbesar dunia.
Dengan lebih 1 bilion pengundi dan lebih 800 juta pengguna internet, mengesan pengedaran maklumat palsu merupakan tugas yang sukar.
Di wilayah paling popular India, Uttar Pradesh, lebih daripada 500 orang mengawal kandungan online, dan mengemukakan catatan kontroversil serta bekerjasama dengan syarikat media sosial untuk menghapuskan catatan tersebut jika perlu, kata ketua polis Prashant Kumar kepada Reuters pada Sabtu (4 Mei).

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.