Video lucah: Lokman Adam dipanggil semula beri keterangan
Polis akan memanggil semula ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam, pada Selasa (3 Sep) bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri.

Lokman Noor Adam. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil semula ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam, pada Selasa (3 Sep) bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata kertas siasatan berhubung kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan beberapa arahan lanjut sudahpun diterima.
“Polis juga menerima satu laporan analisa video oleh Verden Forensics United Kingdom daripada Lokman dan telah dihantar ke Cybersecurity Malaysia untuk diteliti.
“Lokman akan dipanggil semula untuk rakam percakapan lanjut pada 3 Sept 2019 (esok),” kata Encik Huzir dalam kenyataan hari ini (2 Sep).
Jun lalu, Encik Lokman dipanggil ke Bukit Aman berkaitan kes video lucah membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang menteri. Ini selepas Encik Lokman membuat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi lucah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.