Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video lucah: 6, termasuk Haziq direman 6 hari

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin (15 Jul) membenarkan Haziq Abdullah Abdul Aziz serta lima individu lain ditahan reman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Video lucah: 6, termasuk Haziq direman 6 hari

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 04:56PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 04:59PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin (15 Jul) membenarkan Haziq Abdullah Abdul Aziz serta lima individu lain ditahan reman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Perintah reman sehingga 20 Julai ini dikeluarkan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki terhadap Haziq Abdullah, 27, dan lima lelaki lain.

Mahkamah membenarkan permohonan polis untuk menahan reman keenam-enam lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 377B ialah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebatan manakala Seksyen 233 ialah penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq Abdullah serta lima individu lain ditahan malam tadi di sekitar Lembah Klang.

Pada 15 Jun, Haziq Abdullah, individu yang mengaku sebagai lelaki dalam video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri, dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 14 Jun. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan