Video lucah: 3 lagi suspek ditahan
Polis menahan tiga lelaki di Pasir Gudang, Johor, bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

(Gambar hiasan: Mediacorp)
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki di Pasir Gudang, Johor, bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.
Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, ketika dihubungi Bernama pada Selasa malam (16 Jul).
Beliau berkata kesemua suspek akan direman di mahkamah pada Rabu pagi.
Sejurus ditahan, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di Johor.
Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki yang tular di media sosial.
Pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya salah seorang daripada lelaki dalam video berkenaan.
Isnin lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan Haziq Abdullah serta lima individu lain ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes video lucah itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.