Video intim Haziq tulen, kata Ketua Polis M'sia
Hasil analisis CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) terhadap video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Ketua polis Malaysia Abdul Hamid Bador (Gambar: TODAY/Malay Mail)
KUALA LUMPUR: Hasil analisis CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) terhadap video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata bagaimanapun hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video itu dengan individu yang dimaksudkan.
"Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia mendedahkan bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini (18 Jul).
Encik Abdul Hamid berkata video itu disebar dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat dan ia dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.
Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.
Setakat ini lapan orang termasuk Encik Haziq Abdullah telah ditahan bagi membantu siasatan kes video itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.