Skip to main content

Dunia

Video intim Haziq: Dua lagi individu ditahan

Polis menahan dua lagi individu berhubung siasatan kes video seks yang memaparkan individu mirip seorang menteri, menjadikan jumlah yang ditahan berhubung kes itu 11 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Video intim Haziq: Dua lagi individu ditahan

Ketua Polis Malaysia, Abdul Hamid Bador. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 20 Jul 2019 04:19PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 04:21PM

KUALA KUBU BHARU: Polis menahan dua lagi individu berhubung siasatan kes video seks yang memaparkan individu mirip seorang menteri, menjadikan jumlah yang ditahan berhubung kes itu 11 orang.

Tanpa mendedahkan butiran tangkapan itu, Ketua Polis Negara Encik Abdul Hamid Bador berkata kedua-dua mereka ditahan di Shah Alam semalam (19 Jul).

Katanya, siasatan berhubung kes itu sedang giat dilakukan mengikut dua sudut iaitu kesahihan dan pelaku serta siapa yang membuat dan menyebarkan video berkenaan.

“Kita siasat siapa yang bertanggungjawab dan tidak mahu tersilap dalam mengambil tindakan...difahamkan ada suspek yang akan tamat reman dan kita akan sambung reman untuk siasatan lanjut,” kata Encik Abdul Hamid Bador.

Encik Abdul Hamid ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali ke-21 di Kem Bina Semangat hari ini (20 Jul).

Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz pada 12 Jun lalu mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu.

Pada Khamis, Encik Abdul Hamid berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi.

Beliau ketika itu bagaimanapun berkata hasil analisis itu tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video itu dengan individu yang dimaksudkan.

Encik Abdul Hamid hari ini (20 Jul) menegaskan kenyataaan berhubung keaslian video seks itu bukan berunsurkan politik.

“Saya hanya umumkan hasil analisis (video) dan biarlah kami buat kerja dengan berkesan... itu janji saya kepada kerajaan dan itu harapan yang saya beri kepada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Encik Abdul Hamid berkata pihaknya memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan anggota atau pegawai yang disyaki terlibat rasuah atau salah guna kuasa.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita