Video intim: ADUN beri keterangan
Polis sudahpun mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed. (Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Polis sudahpun mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata ADUN yang berusia 34 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira 10.00 pagi Isnin (22 Jul) dan selesai memberi keterangan selama sejam setengah.
“Selain itu, tempoh tahanan reman seorang lelaki yang ditahan di Shah Alam Jumaat lepas yang tamat hari ini, disambung dua hari lagi sehingga Rabu (24 Julai),” ujar Huzir.
Sehingga kini, polis sudahpun menahan 11 individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.
Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial. Pada 12 Jun lalu, Haziq Abdullah mengaku dirinya salah seorang daripada lelaki dalam rakaman tersebut.
Khamis lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kemungkinan video itu tulen adalah tinggi.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.