Skip to main content

Dunia

Video "deepfake" mantan Presiden Suharto cetus perbahasan penggunaan AI dalam pilihan raya Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Video "deepfake" mantan Presiden Suharto cetus perbahasan penggunaan AI dalam pilihan raya Indonesia

(Gambar: Instagram/erwinaksa.id)

JAKARTA: Tular di pelbagai platform media sosial video pendek menggunakan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang menampilkan mantan Presiden Indonesia Suharto berkempen menjelang Pilihan Raya Umum 2024 negara itu.

Video itu diketahui pertama kali dimuat naik Erwin Aksa, calon anggota dari Partai Golkar di Instagramnya. Dalam video itu, sosok ‘Suharto’ turut berkempen bagi Partai Golkar, lapor kompas.com.

Melalui bantuan AI, dalam video dengan teknologi "deepfake itu", mimik wajah dan intonasi suara yang ditampilkan sangat mirip dengan sosok Allahyarham Suharto yang meninggal dunia pada 2008. Deepfake adalah video kandungan digital menggunakan AI untuk mencipta suara dan imej palsu dengan suara yang kelihatan. “Saya Presiden Soeharto, presiden Indonesia yang kedua, mengajak anda untuk memilih wakil rakyat dari Golkar yang bisa melanjutkan mimpi saya tentang kemajuan Indonesia,” ucap sosok maya di Instagram @erwinaksa.id.

Menurut laporan kompas.com itu, hal tersebut sengaja dilakukan untuk mempengaruhi dan mengembalikan ingatan kolektif mereka terutama yang inginkan atau menjadi sebahagian dari Orde Baru.

Video deepfake yang dibuat kader Golkar itu sebagai satu usaha untuk menghidupkan kembali atau mendekati pengundi tradisional. Sesuatu yang lumrah, mengingatkan semula 32 tahun Allahyarham Suharto berkuasa.

Meski demikian, ‘menghidupkan’ mantan presiden itu, melalui video "AI-deepfake", boleh memberi kesan negatif kerana Allahyarham Suharto dikaitkan dengan pemerintahan yang menyekat kebebasan sivil dan orang yang bertanggungjawab atas berbagai pembunuhan yang dilakukan semasa pemerintahannya.

Selain itu, kreativiti berkempen dengan menghidupkan orang yang sudah meninggal juga perlu dilihat dan dipertimbangkan dari aspek moral atau etika politik, tambah laporan kompas.com itu.

Tahun lalu, video hasil "AI-deepfake" Prabowo Subianto bercakap dalam bahasa Arab dan juga video Presiden Jokowi berpidato dalam bahasa Mandarin sama-sama tular di media sosial, dengan ditonton jutaan kali. Bagi orang awam yang tidak memahami perkembangan AI, kedua-dua video itu boleha saja berkesan dalam meningkatkan kredibili diplomatik mereka yang ditampilkan itu, sekalipun itu adalah palsu.

Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Encik Budi Arie Setiadi, dipetik oleh agensi berita rasmi Antara sebelum ini sebagi memberi amaran tentang penyalahgunaan AI untuk mencipta kandungan negatif, seperti pemalsuan wajah di ruang digital, semasa Pilihan Raya Umum 2024 negara itu.

“Nanti, semasa pilihan raya, orang ramai boleh bergaduh kerana penyalahgunaan (AI). Contohnya, (menggunakan AI) untuk mencipta suara dan imej palsu,” kata beliau.

Tegasnya pemerintah kini dalam proses mengkaji untuk membangunkan peraturan mengenai AI.
Sumber : Agensi berita/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita