Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Victoria lapor 64 kes tempatan COVID-19

Victoria, negeri kedua dengan paling ramai penduduk di Australia dengan hampir tujuh juta penduduk melaporkan 64 kes tempatan baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam hingga malam Jumaat, kata pegawai kesihatan pada Sabtu (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Victoria lapor 64 kes tempatan COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 10:27AM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 10:29AM

SYDNEY: Victoria, negeri kedua dengan paling ramai penduduk di Australia dengan hampir tujuh juta penduduk melaporkan 64 kes tempatan baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam hingga malam Jumaat, kata pegawai kesihatan pada Sabtu (28 Ogos).

Australia, yang sebahagian besar penduduknya belum divaksinasi, bergelut dengan lonjakan kes yang melibatkan koronavirus varian Delta yang sangat mudah berjangkit.

Lebih separuh daripada seluruh warga Australia dikenakan perintah sekatan selama berminggu-minggu sedang para pegawai di Sydney dan Melbourne, bandar-bandar terbesar di negara itu, dan ibu kota Canberra cuba untuk menangani virus tersebut.

New South Wales, di mana penularannya adalah yang terbesar, pada Jumaat mencatatkan 882 kes baru, kebanyakannya di ibu negara Sydney, turun dari rekod 1,029 yang dilaporkan pada Khamis.

Namun, dengan sekitar 48,800 kes dan 991 kematian dicatat sejak pandemik bermula, Australia mengekalkan jumlah kes COVID-19 pada paras yang agak rendah.

Sejauh ini, 32 peratus penduduk berusia lebih 16 tahun sudah selesai divaksinasi, dengan kadar vaksinasi meningkat dengan ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Berdasarkan kadar semasa, kadar vaksinasi Australia dijangka mencapai 80 peratus menjelang pertengahan November.

Pemerintah federal Australia mengumumkan bulan lalu satu rancangan yang membayangkan langkah sekatan sebagai strategi utama untuk membasmi wabak sehingga 70 peratus penduduk mendapat divaksin, dengan pembuikaan semula sempadan Australia secara beransur-ansur apabila jumlah itu mencecah 80 peratus.

Daripada kes-kes yang dilaporkan pada Sabtu di Victoria, 36 dikuarantin semasa tempoh berjangkit, menurut jabatan kesihatan wilayah tersebut di Twitter.

Kebanyakan kes berhubung kait dengan penularan sebelum ini manakala 15 belum dapat dikesan puncanya. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan