Vichai Srivaddhanaprabha, pemilik Leicester City disahkan terkorban dalam nahas helikopter
Leicester City mengesahkan pemilik kelab bola sepak itu, jutawan Vichai Srivaddhanaprabha, dan empat lagi terkorban apabila helikopter beliau terhempas lalu terbakar selepas perlawanan Liga Perdana pada Ahad (28 Okt).

Gambar fail Encik Vichai Srivaddhanaprabha. (Gambar: Christophe Archambault/AFP)
LONDON: Leicester City mengesahkan pemilik kelab bola sepak itu, jutawan Vichai Srivaddhanaprabha, dan empat orang lagi terkorban apabila helikopter beliau terhempas lalu terbakar selepas perlawanan Liga Perdana pada Ahad (28 Okt).
Helikopter tersebut terhempas di sebuah tempat meletak kereta berdekatan stadium King Power sekitar 8.30 malam (3.30 pagi, waktu Singapura), sejam selepas perlawanan bola sepak antara Leicester dengan West Ham berakhir.
Menurut polis Leicestershire, mangsa-mangsa yang lain adalah dua pekerjanya, Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare, juruterbang Eric Swaffer and seorang penumpang, Izabela Roza Lechowicz.
Tiada sesiapa di tempat letak letak kereta itu dilaporkan cedera, menurut polis Leicestershire lagi.
Menurut para saksi, helikopter itu baru melepasi bumbung stadium apabila ia mula berpusing lalu terhempas dan terbakar.
"Dunia kehilangan seorang insan yang agung," menurut kelab tersebut dalam satu kenyataan.
Sebuah buku ucapan takziah akan disediakan di stadium tersebut mulai Selasa (30 Okt) dan pasukan bola sepak itu sudah menundakan perlawanan mereka menentang Southampton.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.