Venice larang pembesar suara, kumpulan pelancong besar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/GABRIEL BOUYS)
ROM: Venice akan mengharamkan pembesar suara dan kumpulan pelancong lebih daripada 25 orang dalam usaha untuk mengurangkan kesan pelancongan besar-besaran ke atas bandar Itali itu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai Jun 2024, di mana penggunaan pembesar suara diharamkan kerana ia boleh 'menimbulkan kekeliruan dan gangguan', lapor Sinar Harian.
Pelancongan berlebihan disifatkan sebagai isu mendesak untuk bandar tersebut memandangkan Venice adalah salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi di Eropah.
Pada September lalu, Venice meluluskan percubaan yuran sebanyak 5 euro (S$7.30) untuk pelawat harian.
Bandar itu hanya bersaiz 7.6 kilometer persegi, namun ia menjadi tuan rumah kepada hampir 13 juta pelancong pada 2019, dedah Institut Perangkaan Kebangsaan Itali.
Pada awal tahun ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyatakan, bandar tersebut harus ditambah ke senarai tapak warisan dunia dalam bahaya, disebabkan kesan ancaman perubahan iklim dan pelancongan besar-besaran menyebabkan infrastruktur tidak dapat dipulihkan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.