Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Venezuela berkas ahli perniagaan M'sia 'Fat Leonard' terkait kes rasuah Tentera Laut AS

Anggaran Waktu Membaca:
  Venezuela berkas ahli perniagaan M'sia 'Fat Leonard' terkait kes rasuah Tentera Laut AS

(Gambar: Leonard Francis/Facebook)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 08:29PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 08:30PM
NEW YORK: Polis Venezuela berjaya menahan ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai 'Fat Leonard' yang melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego, awal bulan ini, lapor Reuters.

Menurut Perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS), lelaki yang mendalangi skandal sogokan dan rasuah terbesar dalam sejarah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) itu ditahan ketika cuba menaiki pesawat di lapangan terbang antarabangsa Caracas pada Rabu (21 Sep).

Pegawai kanan Polis Antarabangsa (INTERPOL) di Venezuela memaklumkan, Francis yang berasal dari Pulau Pinang sedang dalam perjalanan menuju ke Rusia selepas melalui Mexico dan Cuba, sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simón Bolívar di ibu kota Venezuela.

Setakat ini, Francis akan terus ditahan di Venezuela sementara menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi.

Ahli perniagaan Malaysia itu memotong gelang kaki pemantauan GPS yang dipakainya untuk melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego awal bulan ini.

Dia dijadualkan mendengar hukumannya pada 22 September.
Sumber : Reuters/SU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa